Nyanyian dan hiburan menumbuhkan sifat kemunafikan dalam hati sebagaimana air menumbuhkan rumput

TEKS BAHASA ARAB

الغناء واللهو ينبتان النفاق في القلب كما ينبت الماء العشب والذي نفسي بيده إن القرآن والذكر لينبتان الايمان في القلب كما ينبت الماء العشب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nyanyian dan hiburan menumbuhkan sifat kemunafikan dalam hati sebagaimana air menumbuhkan rumput. Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya al-Quran dan zikir akan menumbuhkan keimanan dalam hati sebagaimana air menumbuhkan rumput.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1117, hadis nombor 5644. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الغناء واللهو ينبتان النفاق في القلب كما ينبت الماء العشب والذي نفسي بيده، إن القرآن والذكر لينبتان الايمان في القلب كما ينبت الماء العشب)). [فر، الضعيفة (6515)].

(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: Nyanyian dan hiburan menumbuhkan sifat kemunafikan dalam hati sebagaimana air menumbuhkan rumput. Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya al-Quran dan zikir akan menumbuhkan keimanan dalam hati sebagaimana air menumbuhkan rumput. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6515]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.