Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الغناءُ واللهوُ يُنْبِتَانِ النِّفاقَ في القلبِ كما يُنْبِتُ الماءُ العُشْبَ ، والذي نفسي بيدِه إنَّ القرآنَ والذِّكْرَ ليُنْبتَانِ الإيمانَ في القلبِ كما يُنْبِتُ الماءُ العُشْبَ.
Teks Bahasa Melayu
Nyanyian dan hiburan menumbuhkan sifat kemunafikan dalam hati sebagaimana air menumbuhkan rumput. Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya al-Quran dan zikir akan menumbuhkan keimanan dalam hati sebagaimana air menumbuhkan rumput.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1117, hadis no. 5644. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: Nyanyian dan hiburan menumbuhkan sifat kemunafikan dalam hati sebagaimana air menumbuhkan rumput. Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya al-Quran dan zikir akan menumbuhkan keimanan dalam hati sebagaimana air menumbuhkan rumput. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6515]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman