Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Nyanyian dan hiburan itu menumbuhkan kemunafikan dalam hati, sepertimana air menumbuhkan rumput

Teks Bahasa Arab

الغناءُ واللهوُ يُنْبِتَانِ النِّفاقَ في القلبِ؛ كما يُنْبِتُ الماءُ العُشْبَ، والذي نفسي بيدِه، إنَّ القرآنَ والذِّكْرَ ليُنْبتَانِ الإيمانَ في القلبِ؛ كما يُنْبِتُ الماءُ العُشْبَ.

Teks Bahasa Melayu

Nyanyian dan hiburan itu menumbuhkan kemunafikan dalam hati, sepertimana air menumbuhkan rumput. Demi zat yang jiwaku berada dalam tangan-Nya, sesungguhnya al-Qur’an dan zikir itu menumbuhkan keimanan dalam hati, sepertimana air menumbuhkan rumput.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 575-576, hadis no. 2968.

(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «الغناء واللهو ‌ينبتان النفاق في القلب؛ كما ينبت الماء العشب، والذي نفسي بيده، إن القرآن والذكر لينبتان الإيمان في القلب؛ كما ينبت الماء العشب». [فر، «الضعيفة» (6515)].

(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Nyanyian dan hiburan itu menumbuhkan kemunafikan dalam hati, sepertimana air menumbuhkan rumput. Demi zat yang jiwaku berada dalam tangan-Nya, sesungguhnya al-Qur’an dan zikir itu menumbuhkan keimanan dalam hati, sepertimana air menumbuhkan rumput". [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6515].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.