Nikmatnya daun selasih, ia tumbuh di bawah ‘arash

TEKS BAHASA ARAB

حديث: كان النبي صلى الله عليه وسلم جالسا. فجاء رجل في يده حزمة من ريحان فطرحها بين يديه فلم يمسها، ثم آخر كذلك، ثم ثالث فتناوله ثم شمه، وقال: نعم الريحان نبت تحت العرش ماؤه شفاء من العين.

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sedang Nabi SAW duduk, datang seorang lelaki di tangannya terdapat seikat daun selasih, lalu dia menunjukkannya hadapan baginda maka baginda tidak menyentuhnya. Kemudian, begitu juga seorang lelaki lain. Kemudian datang yang ketiga, lalu baginda mengambilnya dan menghidunya sambil berkata: Nikmatnya daun selasih, ia tumbuh di bawah ‘arash, airnya penawar bagi penyakit ‘ain (pandangan jahat mata).

 

STATUS

Batil

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 196, hadis nombor 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

 

قال العقيلي: باطل لا أصل له.
وفي لفظ: أهدي إلى النبي صلى الله عليه وسلم رياحين شتى فرد سائرهن واختار المرزنجوش.
قال الخطيب: موضوع.

Al-‘Uqaili berkata: Hadith ini batil dan tiada asal riwayatnya.
Dalam satu lafaz: Nabi SAW dihadiahkan daun selasih yang banyak, baginda menolak kesemuanya dan hanya memilih daun marzanjush (marjoram).
Al-Khatib berkata: Hadith ini palsu.

 

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

 

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs