Niat yang baik memasukkan pemiliknya ke syurga

TEKS BAHASA ARAB

النية الحسنة تدخل صاحبها الجنة، والخلق الحسن يدخل صاحبه الجنة، والجوار الحسن يدخل صاحبه الجنة. فقال رجل: وإن كان رجل سوء؟ قال: نعم؛ على رغم أنفك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Niat yang baik memasukkan pemiliknya ke syurga, akhlak yang baik memasukkan pemiliknya ke syurga dan jiran yang baik memasukkan pemiliknya (yakni jirannya) ke syurga. Lalu seorang lelaki berkata: Walaupun dia seorang lelaki yang jahat? Baginda menjawab: Ya, (itulah hakikatnya) meskipun kamu tidak suka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 493, hadis nombor 2654. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((النية الحسنة تدخل صاحبها الجنة، والخلق الحسن يدخل صاحبه الجنة، والجوار الحسن يدخل صاحبه الجنة)). فقال رجل: وإن كان رجل سوء؟ قال: ((نعم؛ على رغم أنفك)).[فر، ((الضعيفة)) (4704)].

(Palsu)
Daripada Jabir RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Niat yang baik memasukkan pemiliknya ke syurga, akhlak yang baik memasukkan pemiliknya ke syurga dan jiran yang baik memasukkan pemiliknya (yakni jirannya) ke syurga. Lalu seorang lelaki berkata: Walaupun dia seorang lelaki yang jahat? Baginda menjawab: Ya, (itulah hakikatnya) meskipun kamu tidak suka.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4704].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs