Niat yang baik itu memasukkan pemiliknya ke dalam syurga

TEKS BAHASA ARAB

النية الحسنة تدخل صاحبها الجنة، والخلق الحسن يدخل صاحبه الجنة، والجوار الحسن يدخل صاحبه الجنة. فقال رجل: وإن كان رجل سوء؟ قال: نعم؛ على رغم أنفك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Niat yang baik itu memasukkan pemiliknya ke dalam syurga. Dan akhlak yang baik memasukkan pemiliknya ke dalam syurga. Dan berjiran dengan baik memasukkan pemiliknya ke dalam syurga. Lalu seorang lelaki telah berkata: “Sekalipun dia seorang lelaki yang jahat? Baginda SAW telah menjawab: “Ya, meskipun kamu tidak suka”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 91, hadis nombor 458. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: النية الحسنة تدخل صاحبها الجنة، والخلق الحسن يدخل صاحبه الجنة، والجوار الحسن يدخل صاحبه الجنة. فقال رجل: وإن كان رجل سوء؟ قال: نعم؛ على رغم أنفك.
[فر، ((الضعيفة)) (4704)]

(Palsu)
Daripada Jābir RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Niat yang baik itu memasukkan pemiliknya ke dalam syurga. Dan akhlak yang baik memasukkan pemiliknya ke dalam syurga. Dan berjiran dengan baik memasukkan pemiliknya ke dalam syurga. Lalu seorang lelaki telah berkata: “Sekalipun dia seorang lelaki yang jahat? Baginda SAW telah menjawab: “Ya, meskipun kamu tidak suka”.
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (4704)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.