Niat seorang yang beriman itu lebih baik daripada amalnya

TEKS BAHASA ARAB

نية المؤمن خير من عمله، ونية الفاجر شر من عمله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Niat seorang yang beriman itu lebih baik daripada amalnya. Dan niat orang yang jahat itu lebih buruk daripada amalnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2010, hadis nombor 10087. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن النواس بن سمعان الكلابي – رضي الله عنه – مرفوعا: نية المؤمن خير من عمله، ونية الفاجر شر من عمله.
[القضاعي، ((الضعيفة)) (2789)]

(Lemah)
Daripada al-Nawwas bin Sam’aan al-Kullabi RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Niat seorang yang beriman itu lebih baik daripada amalnya. Dan niat orang yang jahat itu lebih buruk daripada amalnya.
[Riwayat al-Quḍaei dalam Musnad al-Shihab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2789]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs