Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نيةُ المؤمنِ خيرٌ مِنْ عَملهِ، ونيةُ الفاجرُ شرٌّ منْ عملهِ.
Teks Bahasa Melayu
Niat seorang yang beriman itu lebih baik daripada amalnya. Dan niat orang yang jahat itu lebih buruk daripada amalnya.
Sahabat Perawi
- al-Nawwas bin Sam’aan al-Kullabi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2010, hadis no. 10087. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن النواس بن سمعان الكلابي – رضي الله عنه – مرفوعا: نية المؤمن خير من عمله، ونية الفاجر شر من عمله. [القضاعي، ((الضعيفة)) (2789)]
(Lemah) Daripada al-Nawwas bin Sam’aan al-Kullabi RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Niat seorang yang beriman itu lebih baik daripada amalnya. Dan niat orang yang jahat itu lebih buruk daripada amalnya. [Riwayat al-Quḍaei dalam Musnad al-Shihab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2789]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman