Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نية المؤمن خير من عمله ، وإن الله عز وجل ليعطي العبد على نيته ما لا يعطيه على عمله ، وذلك أن النية لا رياء فيها ، والعمل يخالطه الرياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalnya. Dan sesungguhnya Allah azza wa jalla akan memberi seorang hamba berdasarkan niatnya dengan apa yang tidak diberikannya berdasarkan amalannya. Dan itu kerana sesungguhnya niat yang tiada riya’ dalamnya (iaitu niat tidak boleh ditunjuk-tunjuk). Dan amal boleh bercampur dengan riya’ (iaitu amal luaran boleh ditunjuk-tunjuk).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 554, hadis nombor 2884. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي موسى – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((نية المؤمن خير من عمله، وإن الله – عز وجل – ليعطي العبد على نيته ما لا يعطيه على عمله، وذلك أن النية لا رياء فيها، والعمل يخالطه الرياء)).
[فر، ((الضعيفة)) (6046)]

(Palsu)
Daripada Abu Musa RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalnya. Dan sesungguhnya Allah azza wa jalla akan memberi seorang hamba berdasarkan niatnya dengan apa yang tidak diberikannya berdasarkan amalannya. Dan itu kerana sesungguhnya niat yang tiada riya’ dalamnya (iaitu niat tidak boleh ditunjuk-tunjuk). Dan amal boleh bercampur dengan riya’ (iaitu amal luaran boleh ditunjuk-tunjuk).”
[Riwayat al-Dailami dalam kitab Musnad al-Firdaus. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6046]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.