Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نيةُ المؤمنِ خيرٌ من عملِه ، وإنَّ اللهَ عزَّ وجلَّ ليُعطي العبدَ على نيَّتِه ما لا يُعطِيهِ على عملِه ، وذلك أنَّ النيةَ لا رياءَ فيها ، والعملُ يُخالطُه الرياءُ.
Teks Bahasa Melayu
Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalnya. Dan sesungguhnya Allah azza wa jalla akan memberi seorang hamba berdasarkan niatnya dengan apa yang tidak diberikannya berdasarkan amalannya. Dan itu kerana sesungguhnya niat yang tiada riya’ dalamnya (iaitu niat tidak boleh ditunjuk-tunjuk). Dan amal boleh bercampur dengan riya’ (iaitu amal luaran boleh ditunjuk-tunjuk).
Sahabat Perawi
- Abu Musa RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 554, hadis no. 2884.
(موضوع) عن أبي موسى – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((نية المؤمن خير من عمله، وإن الله – عز وجل – ليعطي العبد على نيته ما لا يعطيه على عمله، وذلك أن النية لا رياء فيها، والعمل يخالطه الرياء)). [فر، ((الضعيفة)) (6046)]
(Palsu) Daripada Abu Musa RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalnya. Dan sesungguhnya Allah azza wa jalla akan memberi seorang hamba berdasarkan niatnya dengan apa yang tidak diberikannya berdasarkan amalannya. Dan itu kerana sesungguhnya niat yang tiada riya’ dalamnya (iaitu niat tidak boleh ditunjuk-tunjuk). Dan amal boleh bercampur dengan riya’ (iaitu amal luaran boleh ditunjuk-tunjuk).” [Riwayat al-Dailami dalam kitab Musnad al-Firdaus. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6046]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman