Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya

TEKS BAHASA ARAB

نية المؤمن خير من عمله وإن الله عز وجل ليعطي العبد على نيته ما لا يعطيه على عمله وذلك أن النية لا رياء فيها والعمل يخالطه الرياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya. Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla akan mengurniakan kepada hamba berdasarkan niatnya apa yang Dia tidak kurniakan berdasarkan amalannya. Hal ini kerana tiada unsur riyak dalam niat sedangkan amalan itu bercampur dengan riyak.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 136, hadis nombor 683. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي موسى رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: نية المؤمن خير من عمله وإن الله عز وجل ليعطي العبد على نيته ما لا يعطيه على عمله وذلك أن النية لا رياء فيها والعمل يخالطه الرياء. [فر، الضعيفة، (6046)].

(Palsu) Daripada Abū Mūsā RA, beliau memarfū‘kannya: Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya. Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla akan mengurniakan kepada hamba berdasarkan niatnya apa yang Dia tidak kurniakan berdasarkan amalannya. Hal ini kerana tiada unsur riyak dalam niat sedangkan amalan itu bercampur dengan riyak. [Diriwayatkan oleh al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6046)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs