Niat seorang mukmin itu adalah lebih baik daripada amalannya

TEKS BAHASA ARAB

نية المؤمن خير من عمله، وعمل المنافق خير من نيته، وكل يعمل على نيته، فإذا عمل المؤمن عملا، ثار في قلبه نور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Niat seorang mukmin itu adalah lebih baik daripada amalannya. Manakala amalan seorang munafik itu lebih baik daripada niatnya. Setiap orang itu beramal dengan niatnya. Maka apabila seorang mukmin itu melakukan sesuatu amalan, terpancar pada hatinya cahaya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 462, hadis nombor 2477. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن سعد – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «نية المؤمن خير من عمله، وعمل المنافق خير من نيته، وكل يعمل على نيته، فإذا عمل المؤمن عملا؛ ثار في قلبه نور». [طب، حل، «الضعيفة» (2216)].

(Lemah) Daripada Sahl bin Sa‘d RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Niat seorang mukmin itu adalah lebih baik daripada amalannya. Manakala amalan seorang munafik itu lebih baik daripada niatnya. Setiap orang itu beramal dengan niatnya. Maka apabila seorang mukmin itu melakukan sesuatu amalan, terpancar pada hatinya cahaya”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2216].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs