Niat orang yang beriman lebih baik daripada amalnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نية المؤمن خير من عمله ، وعمل المنافق خير من نيته ، وكل يعمل على نيته ، فإذا عمل المؤمن عملا ؛ نار في قلبه نور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Niat orang yang beriman lebih baik daripada amalnya. Dan amalan orang munafik lebih baik daripada niatnya. Dan kesemuanya beramal atas niatnya. Apabila orang yang beriman mengamalkan satu amalan, menyala dalam kalbunya satu cahaya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 560, hadis nombor 2907. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن سعد الساعدي – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((نية المؤمن خير من عمله، وعمل المنافق خير من نيته، وكل يعمل على نيته، فإذا عمل المؤمن عملا؛ نار في قلبه نور)).
[طب، حل، ((الضعيفة)) (6045)]

(Lemah)
Daripada Sahl bin Sa‘d al-Sa‘idi RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Niat orang yang beriman lebih baik daripada amalnya. Dan amalan orang munafik lebih baik daripada niatnya. Dan kesemuanya beramal atas niatnya. Apabila orang yang beriman mengamalkan satu amalan, menyala dalam kalbunya satu cahaya.”
[Riwayat al-Tabarani dalam kitab al-Mu‘jam al-Kabir dan Abu Nu‘aim dalam kitab al-Hilyah. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6045]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.