TEKS BAHASA ARAB
نية المؤمن خير من عمله، ونية الفاجر شر من عمله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Niat orang mukmin lebih baik berbanding amalannya dan niat orang jahat lebih buruk berbanding amalannya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1260, hadis nombor 6433. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن النواس بن سمعان الكلابي رضي الله عنه مرفوعا: نية المؤمن خير من عمله، ونية الفاجر شر من عمله.
[القضاعي، ((الضعيفة)) (2789)].
(Palsu)
Daripada al-Nawwas bin Sam’an al-Kilabi RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Niat orang mukmin lebih baik berbanding amalannya dan niat orang jahat lebih buruk berbanding amalannya.
[Riwayat al-Quda'iy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2789]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.