Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نيةٌ المؤمنِ خيرٌ من عَمَلِهِ، ونيةٌ الفاجرِ شرٌ من عَمَلِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Niat orang mukmin lebih baik berbanding amalannya dan niat orang jahat lebih buruk berbanding amalannya.
Sahabat Perawi
- Al-Nawwas bin Sam'an al-Kilabi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1260, hadis no. 6433. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن النواس بن سمعان الكلابي رضي الله عنه مرفوعا: نية المؤمن خير من عمله، ونية الفاجر شر من عمله. [القضاعي، ((الضعيفة)) (2789)].
(Palsu) Daripada al-Nawwas bin Sam'an al-Kilabi RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Niat orang mukmin lebih baik berbanding amalannya dan niat orang jahat lebih buruk berbanding amalannya. [Riwayat al-Quda'iy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2789]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman