Niat memudaratkan (waris) pada wasiat adalah termasuk di dalam dosa besar

TEKS BAHASA ARAB

الضرار في الوصية من الكبائر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Niat memudaratkan (waris) pada wasiat adalah termasuk di dalam dosa besar.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1757-1758, hadis nombor 8851. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((الضرار في الوصية من الكبائر.)) [ابن جرير، ابن أبي حاتم، عق، هق، ((الضعيفة)) (5907)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibnu Abbas RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Niat memudaratkan (waris) pada wasiat adalah termasuk di dalam dosa besar.))
[Riwayat Ibn Jarir, Ibn Abi Hatim, al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5907].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs