Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الضِّرَارُ فِي الْوَصِيَّةِ مِنَ الْكَبَائِرِ.
Teks Bahasa Melayu
Niat memudaratkan (waris) pada wasiat adalah termasuk di dalam dosa besar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1757-1758, hadis no. 8851. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((الضرار في الوصية من الكبائر.)) [ابن جرير، ابن أبي حاتم، عق، هق، ((الضعيفة)) (5907)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibnu Abbas RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Niat memudaratkan (waris) pada wasiat adalah termasuk di dalam dosa besar.)) [Riwayat Ibn Jarir, Ibn Abi Hatim, al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5907].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman