Neraka Jahanam mengepung dunia, syurga pula di belakangnya,

TEKS BAHASA ARAB

جهنم تحيط بالدنيا، والجنة من ورائها، فلذلك صار الصراط على جهنم طريقا إلى الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Neraka Jahanam mengepung dunia, syurga pula di belakangnya. Untuk itu, melintasi titian sirat di atas Jahannam merupakan jalan ke syurga.

STATUS

Munkar jiddan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1656, hadis nombor 8357. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((جهنم تحيط بالدنيا، والجنة من ورائها، فلذلك صار الصراط على جهنم طريقا إلى الجنة)). [العطار في ((المنتفى من أحاديثه))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (366)].

(Munkar Jiddan)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: ((Neraka Jahanam mengepung dunia, syurga pula di belakangnya. Untuk itu, melintasi titian sirat di atas Jahannam merupakan jalan ke syurga)).
[Riwayat al-‘Attar dalam al-Muntaqa Min Ahadithih, Abu Nu’aim dalam Akhbar Ashbahan, dan al-Dailami di dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 366].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs