Munkar Jiddan
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جَهَنَّمُ تُحِيطُ بِالدُّنْيَا، وَ الْجَنَّةُ مِنْ وَرَائِهَا، فَلِذَلِكَ صَارَ الصِّرَاطُ عَلَى جَهَنَّمَ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Neraka Jahanam mengepung dunia, syurga pula di belakangnya. Untuk itu, melintasi titian sirat di atas Jahannam merupakan jalan ke syurga.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Jiddan
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1656, hadis no. 8357. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((جهنم تحيط بالدنيا، والجنة من ورائها، فلذلك صار الصراط على جهنم طريقا إلى الجنة)). [العطار في ((المنتفى من أحاديثه))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (366)].
(Munkar Jiddan) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: ((Neraka Jahanam mengepung dunia, syurga pula di belakangnya. Untuk itu, melintasi titian sirat di atas Jahannam merupakan jalan ke syurga)). [Riwayat al-‘Attar dalam al-Muntaqa Min Ahadithih, Abu Nu’aim dalam Akhbar Ashbahan, dan al-Dailami di dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 366].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman