Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جَهَنَّمُ تُحِيطُ بالدُّنْيا والجَنَةُ مِنْ وَرائِها فَلِذَلِكَ صارَ الصِّراطُ على جَهَنَّمَ طَرِيقاً إِلَى الجَنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Neraka jahanam mengelilingi dunia, syurga pula berada di sebaliknya. Oleh kerana itu, titian sirat berada di atas neraka jahanam sebagai jalan ke syurga.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 31, hadis no. 145. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith ini adalah palsu, Hamzah bin Ziyad al-Tusi telah mereka-reka hadith tersebut pada sangkaan saya.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman