Neraka berkata kepada orang-orang mukmin pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

تقول النار للمؤمن يوم القيامة: جز يا مؤمن؛ فقد أطفأ نورك ‌لهبي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Neraka berkata kepada orang-orang mukmin pada hari kiamat: Berhentilah wahai orang mukmin, cahaya kamu telah memadamkan apiku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 663, hadis nombor 3423. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يعلى بن منية -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((تقول النار للمؤمن يوم القيامة: جز يا مؤمن؛ فقد أطفأ نورك ‌لهبي)). [طب، تمام، النعالي في ((حديثه))، الماليني في ((الأربعين))، عبد الغني المقديسي في ((ذكر النار))، حل، أبو نعيم في ((الأمالي))، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، هب، عد، ((الضعيفة)) (3413)]

(Lemah) Daripada Ya’la bin Munyah RA secara marfu’: “Neraka berkata kepada orang-orang mukmin pada hari kiamat: Berhentilah wahai orang mukmin, cahaya kamu telah memadamkan apiku.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Razi dalam al-Fawaid, al-Na’ali dalam hadisnya, al-Malini dalam al-Arbain, Abdul Ghani al-Maqdisi dalam Zikr al-Nar, Abu Nuaim dalam al-Hilyah, Abu Nuaim dalam al-Amali, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min Masmu’atihi bi Marw, Syu'ab al-Iman oleh al-Baihaqi, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3413]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs