Neraka al-Dajjal adalah syurga dan syurga al-Dajjal adalah neraka

TEKS BAHASA ARAB

ألا إنه لم يكن نبي قبلي إلا قد حذر الدجال أمته … يخرج معه واديان؛ أحدهما: جنة، والآخر: نار، فناره جنة، وجنته نار، معه ملكان من الملائكة يشبهان نبيين من الأنبياء لو شئت؛ سميتهما بأسمائهما وأسماء آبائهما، واحد عن يمينه والآخر عن شماله، وذلك فتنة؛ فيقول الدجال: ألست بربكم؟ ألست أحيي وأميت؟ فيقول أحد الملكين: كذبت، فما يسمعه أحد من الناس إلا صاحبه فيقول له: صدقت، فيسمعه الناس، فيظنون أنما يصدق الدجال، وذلك فتنة …الحديث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ingatlah! Sesungguhnya tidak ada seorang pun nabi sebelumku melainkan mereka memperingatkan umat mereka terhadap al-Dajjal… Dajjal akan keluar bersama dua lembah; salah satunya syurga dan satu lagi pula neraka. Neraka al-Dajjal adalah syurga dan syurga al-Dajjal adalah neraka. Bersamanya ada dua malaikat yang menyerupai dua Nabi daripada para Nabi. Kalau aku mahu, aku boleh menyebutkan nama-nama mereka dan nama-nama ayah mereka. Seorang di sebelah kanan al-Dajjal dan seorang lagi di sebelah kiri al-Dajjal, demikian itulah fitnah. Al-Dajjal akan berkata: Bukankah aku adalah Tuhan kamu? Bukankah aku yang menghidupkan dan aku juga yang mematikan? Maka salah satu malaikat itu berkata: Kamu dusta. Lalu tidak ada seorang pun yang mendengarnya melainkan rakannya (satu malaikat lagi), lalu ia berkata:  Kamu benar. Ia didengari oleh orang ramai hingga mereka menyangka bahawa malaikat itu membenarkan al-Dajjal, itulah fitnah…(hadith).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1374, hadis nombor 6999. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر (الملكين))
عن سفينة مولى رسول الله ﷺ قال: خطبنا رسول الله ﷺ فقال: ألا إنه لم يكن نبي قبلي إلا قد حذر الدجال أمته … يخرج معه واديان؛ أحدهما: جنة، والآخر: نار، فناره جنة، وجنته نار، معه ملكان من الملائكة يشبهان نبيين من الأنبياء لو شئت؛ سميتهما بأسمائهما وأسماء آبائهما، واحد عن يمينه والآخر عن شماله، وذلك فتنة؛ فيقول الدجال: ألست بربكم؟ ألست أحيي وأميت؟ فيقول أحد الملكين: كذبت، فما يسمعه أحد من الناس إلا صاحبه فيقول له: صدقت، فيسمعه الناس، فيظنون أنما يصدق الدجال، وذلك فتنة …الحديث.
[الطيالسي، ش، طب، ((الضعيفة)) (6087)]

(Munkar dengan menyebutkan (Dua malaikat))
Daripada Safinah, mawla Rasulullah SAW, katanya: Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami, lalu Baginda bersabda: Ingatlah! Sesungguhnya tidak ada seorang pun nabi sebelumku melainkan mereka memperingatkan umat mereka terhadap al-Dajjal… Dajjal akan keluar bersama dua lembah; salah satunya syurga dan satu lagi pula neraka. Neraka al-Dajjal adalah syurga dan syurga al-Dajjal adalah neraka. Bersamanya ada dua malaikat yang menyerupai dua Nabi daripada para Nabi. Kalau aku mahu, aku boleh menyebutkan nama-nama mereka dan nama-nama ayah mereka. Seorang di sebelah kanan al-Dajjal dan seorang lagi di sebelah kiri al-Dajjal, demikian itulah fitnah. Al-Dajjal akan berkata: Bukankah aku adalah Tuhan kamu? Bukankah aku yang menghidupkan dan aku juga yang mematikan? Maka salah satu malaikat itu berkata: Kamu dusta. Lalu tidak ada seorang pun yang mendengarnya melainkan rakannya (satu malaikat lagi), lalu ia berkata:  Kamu benar. Ia didengari oleh orang ramai hingga mereka menyangka bahawa malaikat itu membenarkan al-Dajjal, itulah fitnah…(hadith).
[Riwayat al-Tayalisi, Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6087]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

CATATAN LAPORAN KESILAPAN

فيقول أحد الملكين: كذبت، فما يسمعه أحد من الناس إلا صاحبه فيقول له: صدقت،

Terjemahannya dilaporkan tidak sepadan dan telah dikemaskini daripada:

Salah satu malaikat itu akan berkata kepada al-Dajjal: Kamu dusta; Tidak ada seorang pun yang mendengarnya melainkan malaikat itu sendiri. Lalu malaikat itu berkata lagi: Kamu benar;

Kepada:

Maka salah satu malaikat itu berkata: Kamu dusta. Lalu tidak ada seorang pun yang mendengarnya melainkan rakannya (satu malaikat lagi), lalu ia berkata:  Kamu benar.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs