Munkar dengan sebutan (Dua malaikat)
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ألا إِنَّهُ لَمْ يَكُنْ نَبِيٌّ قَبْلِي إِلا قد حَذَّرَ الدَّجَّالَ أُمَّتَهُ ... يَخْرُجُ مَعَهُ وَادِيَانِ؛ أَحَدُهُمَا: جَنَّةٌ، وَالآخَرُ: نَارٌ، فَنَارُهُ جَنَّةٌ، وَجَنَّتُهُ نَارٌ، مَعَهُ مَلَكَانِ مِنَ الْمَلائِكَةِ يُشْبِهَانِ نَبِيَّيْنِ مِنَ الأَنْبِيَاءِ لو شئت؛ سَمَّيْتُهما بأسمائِهما وأسماءِ آبائِهما، واحدٌ عَنْ يَمِينِهِ وَالآخَرُ عَنْ شِمَالِهِ، وَذَلِكَ فِتْنَةٌ؛ فَيَقُولُ الدَّجَّالُ: أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ؟ أَلَسْتُ أُحْيِي وَأُمِيتُ؟ فَيَقُولُ أَحَدُ الْمَلَكَيْنِ: كَذَبْتَ، فَمَا يَسْمَعُهُ أَحَدٌ مِنَ النَّاسِ إِلا صَاحَبَهُ فَيَقُولُ لَهُ: صَدَقْتَ، فَيَسْمَعُهُ النَّاسُ، فَيَظنونَ أَنَّما يُصَدِّقُ الدَّجَّالُ، وَذَلِكَ فِتْنَةُ ...الحديث.
Teks Bahasa Melayu
Ingatlah! Sesungguhnya tidak ada seorang pun nabi sebelumku melainkan mereka memperingatkan umat mereka terhadap al-Dajjal... Dajjal akan keluar bersama dua lembah; salah satunya syurga dan satu lagi pula neraka. Neraka al-Dajjal adalah syurga dan syurga al-Dajjal adalah neraka. Bersamanya ada dua malaikat yang menyerupai dua Nabi daripada para Nabi. Kalau aku mahu, aku boleh menyebutkan nama-nama mereka dan nama-nama ayah mereka. Seorang di sebelah kanan al-Dajjal dan seorang lagi di sebelah kiri al-Dajjal, demikian itulah fitnah. Al-Dajjal akan berkata: Bukankah aku adalah Tuhan kamu? Bukankah aku yang menghidupkan dan aku juga yang mematikan? Salah satu malaikat itu akan berkata kepada al-Dajjal: Kamu dusta; Tidak ada seorang pun yang mendengarnya melainkan malaikat itu sendiri. Lalu malaikat itu berkata lagi: Kamu benar; ia didengari oleh orang ramai hingga mereka menyangka bahawa malaikat itu membenarkan al-Dajjal, itulah fitnah...(hadith).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar dengan sebutan (Dua malaikat)
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1374, hadis no. 6999. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar dengan sebutan (Dua malaikat)) Daripada Safinah, mawla Rasulullah SAW, katanya: Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami, lalu Baginda bersabda: Ingatlah! Sesungguhnya tidak ada seorang pun nabi sebelumku melainkan mereka memperingatkan umat mereka terhadap al-Dajjal... Dajjal akan keluar bersama dua lembah; salah satunya syurga dan satu lagi pula neraka. Neraka al-Dajjal adalah syurga dan syurga al-Dajjal adalah neraka. Bersamanya ada dua malaikat yang menyerupai dua Nabi daripada para Nabi. Kalau aku mahu, aku boleh menyebutkan nama-nama mereka dan nama-nama ayah mereka. Seorang di sebelah kanan al-Dajjal dan seorang lagi di sebelah kiri al-Dajjal, demikian itulah fitnah. Al-Dajjal akan berkata: Bukankah aku adalah Tuhan kamu? Bukankah aku yang menghidupkan dan aku juga yang mematikan? Salah satu malaikat itu akan berkata kepada al-Dajjal: Kamu dusta; Tidak ada seorang pun yang mendengarnya melainkan malaikat itu sendiri. Lalu malaikat itu berkata lagi: Kamu benar; ia didengari oleh orang ramai hingga mereka menyangka bahawa malaikat itu membenarkan al-Dajjal, itulah fitnah...(hadith). [Riwayat al-Tayalisi, Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6087]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman