Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من كذبَ عليَّ متعمِّدًا أو رَدَّ شيئًا أَمَرْتُ بهِ، فليتبوأْ بيتًا في جهنمَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja atau menolak sesuatu yang aku arahkan (perintah), maka persiapkanlah (sediakanlah) rumahnya di neraka jahanam.
Sahabat Perawi
- Abu Bakr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 719, hadis no. 3673. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر يذكر: (الرد)) عن أبي بكر الصديق رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: من كذب علي متعمدا أو رد شيئا أمرت به فليتبوأ بيتا في جهنم. [ع، وفي ((معجم شيوخه)) أيضا، ((الضعيفة)) (6774)]
(Munkar dengan lafaz: “Menolak”) Daripada Abu Bakr al-Siddiq RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja atau menolak sesuatu yang aku arahkan (perintah), maka persiapkanlah (sediakanlah) rumahnya di neraka jahanam. [Riwayat Abu Ya'la dalam al-Musnad, Abu Ya'la dalam Mu'jam Shuyukhihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6774]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman