Negara-negara lain dibuka dengan pedang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

فتحت البلاد بالسيف وفتحت المدينة بالقرءان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Negara-negara lain dibuka dengan pedang, manakala Madinah pula dibuka dengan al-Quran.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1022, hadis nombor 5252. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة رضي الله عنها قالت قال رسول الله ﷺ: فتحت البلاد بالسيف وفتحت المدينة بالقرءان. [البزار, عق, هب, عد, ابن الجوزي في الموضوعات, الضعيفة (6458)]

(Munkar) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Negara-negara lain dibuka dengan pedang, manakala Madinah pula dibuka dengan al-Quran. [Riwayat Al-Bazzar dalam al-Musnad, al-‘Uqayli dalam al-Dhu’afaa al-Kabir, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, Ibn al-Jauzi dalam al-Mawdhu’at. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6458].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.