Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Negara-negara lain dibuka dengan pedang

Teks Bahasa Arab

فُتحتِ البلادِ بالسيفِ وفُتحتِ المدينةُ بالقرآنِ

Teks Bahasa Melayu

Negara-negara lain dibuka dengan pedang, manakala Madinah pula dibuka dengan al-Quran.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1022, hadis no. 5252. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة رضي الله عنها قالت قال رسول الله ﷺ: فتحت البلاد بالسيف وفتحت المدينة بالقرءان. [البزار, عق, هب, عد, ابن الجوزي في الموضوعات, الضعيفة (6458)]

(Munkar) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Negara-negara lain dibuka dengan pedang, manakala Madinah pula dibuka dengan al-Quran. [Riwayat Al-Bazzar dalam al-Musnad, al-‘Uqayli dalam al-Dhu’afaa al-Kabir, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, Ibn al-Jauzi dalam al-Mawdhu’at. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6458].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.