TEKS BAHASA ARAB
فتحت البلاد بالسيف، وفتحت المدينة بالقرآن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Negara-negara dibuka dengan pedang, Madinah dibuka dengan al-Quran.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1555, hadis nombor 7881. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عَنْ عَائِشَةَ -رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((فُتِحَتِ الْبِلَادُ بِالسَّيْفِ، وَفُتِحَتِ الْمَدِينَةُ بِالْقُرْآنِ)) [البزار، عق، هب، عد، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6458)]
(Munkar)
Daripada Aishah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Negara-negara dibuka dengan pedang, Madinah dibuka dengan al-Quran.”
[Riwayat al-Bazzar, al-Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6458]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.