Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فُتِحَتِ الْبِلَادُ بِالسَّيْفِ، وَفُتِحَتِ الْمَدِينَةُ بِالْقُرْآنِ.
Teks Bahasa Melayu
Negara-negara dibuka dengan pedang, Madinah dibuka dengan al-Quran.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1555, hadis no. 7881. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عَنْ عَائِشَةَ -رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((فُتِحَتِ الْبِلَادُ بِالسَّيْفِ، وَفُتِحَتِ الْمَدِينَةُ بِالْقُرْآنِ)) [البزار، عق، هب، عد، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6458)]
(Munkar) Daripada Aishah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Negara-negara dibuka dengan pedang, Madinah dibuka dengan al-Quran.” [Riwayat al-Bazzar, al-Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6458]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman