Nazar menunaikan haji dengan berjalan kaki

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن من المثلة أن ينذر الرجل أن ‌يحج ‌ماشيا، فمن نذر أن ‌يحج ‌ماشيا؛ فليهد هديا ويركب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sebahagian daripada al-Muthlah (memburukkan tubuh) itu adalah seorang lelaki bernazar untuk melakukan haji dengan berjalan kaki. Sesiapa yang bernazar untuk melakukan haji secara berjalan kaki, maka hendaklah dia menyembelih binatang ternakan dan menunggang tunggangan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 725, hadis nombor 3696. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عمران بن حصين رضي الله عنه مرفوعا: إن من المثلة أن ينذر الرجل أن ‌يحج ‌ماشيا، فمن نذر أن ‌يحج ‌ماشيا؛ فليهد هديا ويركب.
[ك، حم، ((الضعيفة)) (484)].

(Lemah)
Daripada ‘Imran bin Husain RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya sebahagian daripada al-Muthlah (memburukkan tubuh) itu adalah seorang lelaki bernazar untuk melakukan haji dengan berjalan kaki. Sesiapa yang bernazar untuk melakukan haji secara berjalan kaki, maka hendaklah dia menyembelih binatang ternakan dan menunggang tunggangan.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 484]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.