Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ من المُثلةِ أن يَنذِرَ الرجلُ أن يَحُجَّ ماشيًا، فمن نذر أن يَحُجَّ ماشيًا؛ فَلْيَهْدِ هَدْيًا ويركبُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya sebahagian daripada al-Muthlah (memburukkan tubuh) itu adalah seorang lelaki bernazar untuk melakukan haji dengan berjalan kaki. Sesiapa yang bernazar untuk melakukan haji secara berjalan kaki, maka hendaklah dia menyembelih binatang ternakan dan menunggang tunggangan.
Sahabat Perawi
- Imran bin Husain RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 725, hadis no. 3696. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمران بن حصين رضي الله عنه مرفوعا: إن من المثلة أن ينذر الرجل أن يحج ماشيا، فمن نذر أن يحج ماشيا؛ فليهد هديا ويركب. [ك، حم، ((الضعيفة)) (484)].
(Daif) Daripada 'Imran bin Husain RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya sebahagian daripada al-Muthlah (memburukkan tubuh) itu adalah seorang lelaki bernazar untuk melakukan haji dengan berjalan kaki. Sesiapa yang bernazar untuk melakukan haji secara berjalan kaki, maka hendaklah dia menyembelih binatang ternakan dan menunggang tunggangan. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 484]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman