Namaku di dalam al-Quran: "Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang", dan nama Ali: "Dan bulan apabila ia mengiringinya"

TEKS BAHASA ARAB

حديث: اسمي في القرآن: والشمس وضحاها، واسم علي: والقمر إذا تلاها، واسم الحسن والحسين: والنهار إذا جلاها، واسم بني أمية: والليل إذا يغشاها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Nama aku di dalam al-Quran: "Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang", dan nama Ali: "Dan bulan apabila ia mengiringinya" dan nama Al-Hasan dan Al-Husain: "Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata", dan nama Bani Umayyah: "Dan malam apabila ia menyelubunginya".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 368, hadis nombor 60. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب في السابق واللاحق، عن ابن عباس مرفوعا، وهو موضوع. قال الخطيب: وفي إسناده: مجاهيل. قال في الميزان: هذا خبر كذب.

Diriwayatkan oleh al-Khatib dalam al-Sabiq wa al-Lahiq daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), ia adalah palsu. Al-Khatib berkata: Pada sanadnya terdapat para perawi yang tidak diketahui. Dia berkata dalam al-Mizan: Ini adalah hadith yang dusta.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs