Namakanlah dia Musri’ (orang yang pantas), kerana sungguh dia pantas (masuk) pada Islam

TEKS BAHASA ARAB

سمه مسرعا؛ فقد أسرع في الإسلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Namakanlah dia Musri’ (orang yang pantas), kerana sungguh dia pantas (masuk) pada Islam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 522, hadis nombor 2767. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ياسر بن سوید – رضي الله عنه -: أَنَّ رَسُولُ اللَّه ﷺ وَجَّهَهُ فِي خَيْلٍ أَوْ سُريَّةِ، وَامْرَأَتُهُ حَامِلٌ، فَوَلَدَ لَهُ مَوْلُود، فَحَمَلَتْهُ أُمُّهُ إِلَى رَسُولُ اللَّه ﷺ، فَقَالَتْ: يَا رَسُولُ اللَّه! قَدْ وُلِدَ هَذَا المَوَلُودُ وَأَبُوهُ فِي الخَيْلِ، فَسَمِّهِ. فَأَخَذَهُ النَّبِي ﷺ؛ فَأَمرَّ يَدَهُ عَلَيْهِ، وَقَالَ: «اللَّهُمَّ أَكْثَرْ رِجَالَهُم، وأَقلَّ أيَّامَاهُمْ، وَلَا تُحْوِجْهُمْ، وَلَا تُرِ أَحْدَاثَهُمْ خَصَاصَةً». فَقَالَ: «سَمِّهِ مُسْرِعًا؛ فَقَدْ أَسْرَعَ فِيْ الإِسْلَامِ». [طب، «الضعيفة» (5749)].

(Lemah) Daripada Yasir bin Suwayd RA, bahawa Rasulullah ﷺ pernah mengutuskannya dengan kuda atau pasukan tempur, sedangkan isterinya sedang hamil, lalu dia melahirkan seorang anak buatnya. Maka ibunya membawanya kepada Rasulullah ﷺ lalu berkata: "Wahai Rasulullah! Sungguh anak ini telah lahir sedangkan ayahnya ada di atas kuda (bertugas), maka berikanlah dia nama". Lalu Nabi ﷺ mengambilnya dan mengusapnya dengan tangannya serta bersabda: "Ya Allah, ramaikanlah orang lelaki mereka dan kurangkanlah wanita bujang mereka. Janganlah Engkau memalingkan mereka dan janganlah Engkau jadikan keadaan mereka sebagai kepayahan". Lalu baginda bersabda: "Namakanlah dia Musri’ (orang yang pantas), kerana sungguh dia pantas (masuk) pada Islam". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5749].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.