Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سَمِّهِ مُسْرِعًا؛ فَقَدْ أَسْرَعَ فِيْ الإِسْلَامِ.
Teks Bahasa Melayu
Namakanlah dia Musri’ (orang yang pantas), kerana sungguh dia pantas (masuk) pada Islam.
Sahabat Perawi
- Yasir bin Suwayd RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 522, hadis no. 2767.
(ضعيف) عن ياسر بن سوید - رضي الله عنه -: أَنَّ رَسُولُ اللَّه ﷺ وَجَّهَهُ فِي خَيْلٍ أَوْ سُريَّةِ، وَامْرَأَتُهُ حَامِلٌ، فَوَلَدَ لَهُ مَوْلُود، فَحَمَلَتْهُ أُمُّهُ إِلَى رَسُولُ اللَّه ﷺ، فَقَالَتْ: يَا رَسُولُ اللَّه! قَدْ وُلِدَ هَذَا المَوَلُودُ وَأَبُوهُ فِي الخَيْلِ، فَسَمِّهِ. فَأَخَذَهُ النَّبِي ﷺ؛ فَأَمرَّ يَدَهُ عَلَيْهِ، وَقَالَ: «اللَّهُمَّ أَكْثَرْ رِجَالَهُم، وأَقلَّ أيَّامَاهُمْ، وَلَا تُحْوِجْهُمْ، وَلَا تُرِ أَحْدَاثَهُمْ خَصَاصَةً». فَقَالَ: «سَمِّهِ مُسْرِعًا؛ فَقَدْ أَسْرَعَ فِيْ الإِسْلَامِ». [طب، «الضعيفة» (5749)].
(Lemah) Daripada Yasir bin Suwayd RA, bahawa Rasulullah ﷺ pernah mengutuskannya dengan kuda atau pasukan tempur, sedangkan isterinya sedang hamil, lalu dia melahirkan seorang anak buatnya. Maka ibunya membawanya kepada Rasulullah ﷺ lalu berkata: "Wahai Rasulullah! Sungguh anak ini telah lahir sedangkan ayahnya ada di atas kuda (bertugas), maka berikanlah dia nama". Lalu Nabi ﷺ mengambilnya dan mengusapnya dengan tangannya serta bersabda: "Ya Allah, ramaikanlah orang lelaki mereka dan kurangkanlah wanita bujang mereka. Janganlah Engkau memalingkan mereka dan janganlah Engkau jadikan keadaan mereka sebagai kepayahan". Lalu baginda bersabda: "Namakanlah dia Musri’ (orang yang pantas), kerana sungguh dia pantas (masuk) pada Islam". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5749].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman