Namakan dia Musri’

TEKS BAHASA ARAB

سمه مسرعأ؛ فقد أسرع في الإسلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Namakan dia Musri’, sesungguhnya dia adalah orang yang bersegera dalam Islam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1909 hadis nombor 9589. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ياسر بن سويد -رضي الله عنه- قال: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم وجهه في خيل أو سرية، وامرأته حامل، فولد له مولود، فحملته أمه إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقالت: يا رسول الله! قد ولد هذا المولود وأبوه في الخيل، فسمه. فأخذه النبي صلى الله عليه وسلم؛ فأمر يده عليه، وقال: اللهم أكثر رجالهم، وأقل أياماهم، ولا تحوجهم، ولا تر أحداثهم خصاصة. فقال: سمه مسرعأ؛ فقد أسرع في الإسلام.
[طب، ((الضعيفة)) (5749)]

(Lemah)
Daripada Yasir Bin Suwaid RA, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah mengutuskannya untuk pergi berperang dalam keadaan isterinya hamil. Lalu beliau dikurniakan anak. Lantas ibunya membawa bayi tersebut kepada Rasulullah SAW. Beliau berkata: Wahai Rasulullah, anak ini dilahirkan dalam keadaan ayahnya berperang, maka namakanlah anak ini. Lantas Nabi SAW mengambil bayi tersebut dan melalukan tangan Baginda di atas bayi itu dan berdoa: Wahai Allah, perbanyakkanlah lelaki mereka, sedikitkanlah hari mereka, jangan Engkau miskinkan mereka dan jangan engkau biarkan mereka susah. Lalu Baginda bersabda: Namakan dia Musri’, sesungguhnya dia adalah orang yang bersegera dalam Islam.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. LIhat Silsilah al-Da’ifah, 5749]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs