Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سَمِّهِ مُسْرِعَأ؛ فقد أَسْرَعَ في الإسْلامِ.
Teks Bahasa Melayu
Namakan dia Musri’, sesungguhnya dia adalah orang yang bersegera dalam Islam.
Sahabat Perawi
- Yasir Bin Suwaid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1909, hadis no. 9589. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ياسر بن سويد رضي الله عنه قال: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم وجهه في خيل أو سرية، وامرأته حامل، فولد له مولود، فحملته أمه إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقالت: يا رسول الله! قد ولد هذا المولود وأبوه في الخيل، فسمه. فأخذه النبي صلى الله عليه وسلم؛ فأمر يده عليه، وقال: اللهم أكثر رجالهم، وأقل أياماهم، ولا تحوجهم، ولا تر أحداثهم خصاصة. فقال: سمه مسرعأ؛ فقد أسرع في الإسلام. [طب، ((الضعيفة)) (5749)]
(Lemah) Daripada Yasir Bin Suwaid RA, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah mengutuskannya untuk pergi berperang dalam keadaan isterinya hamil. Lalu beliau dikurniakan anak. Lantas ibunya membawa bayi tersebut kepada Rasulullah SAW. Beliau berkata: Wahai Rasulullah, anak ini dilahirkan dalam keadaan ayahnya berperang, maka namakanlah anak ini. Lantas Nabi SAW mengambil bayi tersebut dan melalukan tangan Baginda di atas bayi itu dan berdoa: Wahai Allah, perbanyakkanlah lelaki mereka, sedikitkanlah hari mereka, jangan Engkau miskinkan mereka dan jangan engkau biarkan mereka susah. Lalu Baginda bersabda: Namakan dia Musri’, sesungguhnya dia adalah orang yang bersegera dalam Islam. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. LIhat Silsilah al-Da’ifah, 5749]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman