Nama yang paling dicintai oleh Nabi SAW adalah Hamzah bin Abdul Mutalib

TEKS BAHASA ARAB

‌سموه بأحب الأسماء إلي: حمزة بن عبد المطلب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Namakanlah dia dengan nama yang paling aku cintai; iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 939, hadis nombor 4835. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(ضعيف)
عن جابر بن عبدالله – رضي الله عنهما-، قال: ولد لرجل منا غلام، فقالوا: ما نسميه؟ فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((سموه بأحب الأسماء إلي: حمزة بن عبد المطلب)).
[ك، ((الضعيفة)) (3707)].

(Lemah)
Daripada Jabir bin Abdullah RA, berkata: Seorang lelaki telah lahir daripada kalangan kami. Mereka bertanya kepada Nabi: "Bagaimana kami menamakannya?”. Lalu Rasullah SAW bersabda: “Namakanlah dia dengan nama yang paling aku cintai; iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib”.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3707].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs