Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى اِسْمِ اللهِ الأَعْظَم الذي إذا دعي به أجاب، وَإِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى؟! الدَّعْوَة ُالَّتِي دَعَا بِهَا يُونُسُ حَيْثُ نَادَاهُ فِي الظُّلُمَاتِ الثَّلَاثِ: {لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ}. فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ! هَلْ كَانَتْ لِيُونُسَ خَاصَّةً أُمٌّ لِلْمٌؤْمِنِيْنَ عَامَّةً؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: أَلَا تَسْمَعُ قَوْلَ اللهِ عَزَّ وَجّلَّ: {فَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الغَمِّ وَكَذَلِكَ نُنْجِيْ الْمُؤْمِنِينَ}؟!، وَقَالَ رَسُولُ اللهِ - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: أَيُّمَا مُسْلِمٍ دَعَا بِهَا - يَعْنِيْ: دَعْوَةَ يُونُسَ عَلَيْهِ السَّلَامُ - فِي مَرَضِهِ أَرْبَعِيْنَ مَرَّةً، فَمَاتَ فِي مَرَضِهِ ذَلِكَ؛ أُعْطِيْ أَجْرَ شَهِيدٍ، وَإِنْ بَرَأَ بَرَأَ وَقَدْ غُفِرَ لَهُ جَمِيعُ ذُنُوبِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu nama Allah yang paling agung, yang mana jika seseorang itu berdoa dengannya pasti akan dijawab (doanya) dan jika dia memohon dengannya pasti akan diberikan. Ia adalah doa yang mana diucapkan oleh Nabi Yunus AS ketika dia menyeru Tuhannya di dalam kegelapan sebanyak tiga kali: {Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.} [al-Anbiya’: 87] Seorang lelaki telah berkata: "Wahai Rasulullah! Adakah ia hanya khusus kepada Yunus atau untuk orang yang beriman umumnya?" Jawab Rasulullah SAW: ((Tidakkah kamu mendengar firman Allah: {Dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami.} [al-Anbiya’: 88])) Rasulullah SAW bersabda lagi: ((Mana-mana muslim yang berdoa dengannya (iaitu doa Nabi Yunus AS) ketika dia sakit sebanyak empat puluh kali, lalu dia mati disebabkan sakitnya itu, maka dia akan diberikan ganjaran syahid. Namun, sekiranya dia sihat maka sihatlah dia dalam keadaan dia tetap akan diampunkan segala dosanya.
Sahabat Perawi
- Sa'ad bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1505, hadis no. 7671. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سعد بن مالك رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: هل أدلكم على اسم الله الأعظم الذي إذا دعي به أجاب، وإذا سئل به أعطى؟! الدعوة التي دعا بها يونس حيث ناداه في الظلمات الثلاث: {لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين}. فقال رجل: يا رسول الله! هل كانت ليونس خاصة أم المؤمنين عامة؟ فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((ألا تسمع قول الله عز وجل: {فنجيناه من الغم وكذلك ننجي المؤمنين}؟!، وقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((أيما مسلم دعا بها - يعني: دعوة يونس عليه السلام - في مرضه أربعين مرة، فمات في مرضه ذلك؛ أعطي أجر شهيد، وإن برأ برأ وقد غفر له جميع ذنوبه)). [ك، (الضعيفة)) (5019)].
(Lemah) Daripada Sa'ad bin Malik RA beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu nama Allah yang paling agung, yang mana jika seseorang itu berdoa dengannya pasti akan dijawab (doanya) dan jika dia memohon dengannya pasti akan diberikan. Ia adalah doa yang mana diucapkan oleh Nabi Yunus AS ketika dia menyeru Tuhannya di dalam kegelapan sebanyak tiga kali: {Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.} [al-Anbiya’: 87] Seorang lelaki telah berkata: "Wahai Rasulullah! Adakah ia hanya khusus kepada Yunus atau untuk orang yang beriman umumnya?" Jawab Rasulullah SAW: ((Tidakkah kamu mendengar firman Allah: {Dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami.} [al-Anbiya’: 88])) Rasulullah SAW bersabda lagi: ((Mana-mana muslim yang berdoa dengannya (iaitu doa Nabi Yunus AS) ketika dia sakit sebanyak empat puluh kali, lalu dia mati disebabkan sakitnya itu, maka dia akan diberikan ganjaran syahid. Namun, sekiranya dia sihat maka sihatlah dia dalam keadaan dia tetap akan diampunkan segala dosanya.)) [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5019].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman