Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اسْمُ اللهِ عَلَى فَمِ كُلِّ مُسْلِمٍ.
Teks Bahasa Melayu
Nama Allah itu ada di mulut setiap muslim.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 397, hadis no. 2124. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: سأل رجل النبي ﷺ: أرأيت الرجل يذبح وينسى أن يسمي؟ فقال رسول الله ﷺ: «اسم الله على فم كل مسلم». [طس، عد، هق، «الضعيفة» (2774)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Seorang lelaki bertanya kepada Nabi ﷺ: "Apa pendapatmu tentang seorang lelaki yang menyembelih namun lupa untuk menyebut nama (Allah)?". Jawab baginda: "Nama Allah itu ada di mulut setiap muslim". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2774].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman