Nama Allah berada pada mulut setiap muslim

TEKS BAHASA ARAB

اسم الله على فم كل مسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nama Allah berada pada mulut setiap muslim.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1440, hadis nombor 7323. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: سأل رجل النبي ﷺ: أرأيت الرجل يذبح وينسى أن يسمي؟ فقال رسول الله ﷺ: اسم الله على فم كل مسلم.
[طس، عد، هق، ((الضعيفة)) (2774)]

(Palsu)
Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi SAW: Apakah pandangan engkau sekiranya seseorang itu menyembelih namun dia lupa menyebutkan nama Allah? Rasulullah SAW menjawab: Nama Allah berada pada mulut setiap muslim.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2774]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs