Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اسمُ اللهِ على فَمِ كُلِّ مُسلِمٍ.
Teks Bahasa Melayu
Nama Allah berada pada mulut setiap muslim.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1440, hadis no. 7323. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: سأل رجل النبي ﷺ: أرأيت الرجل يذبح وينسى أن يسمي؟ فقال رسول الله ﷺ: اسم الله على فم كل مسلم. [طس، عد، هق، ((الضعيفة)) (2774)]
(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi SAW: Apakah pandangan engkau sekiranya seseorang itu menyembelih namun dia lupa menyebutkan nama Allah? Rasulullah SAW menjawab: Nama Allah berada pada mulut setiap muslim. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2774]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman