Nafkah pada haji adalah seperti nafkah di jalan Allah, satu dirham bersamaan dengan 700 kali ganda

TEKS BAHASA ARAB

النفقة في الحج مثل النفقة في سبيل الله، الدرهم بسبع مئة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nafkah pada haji adalah seperti nafkah di jalan Allah, satu dirham bersamaan dengan 700 kali ganda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 742, hadis nombor 3801. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن بريدة -رضي الله عنه – مرفوعا: «النفقة في الحج مثل النفقة في سبيل الله، الدرهم بسبع مئة».
[تخ، حم، ابن الأعرابي، طس، مشرق بن عبدالله في «حديثه»، هق، هپ، ابن عساكر في «أربعين الجهاد»، الضياء في المنتقى من مسموعاته بمرو»، «الضعيفة» (3530)]

(Lemah)
Daripada Buraidah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Nafkah pada haji adalah seperti nafkah di jalan Allah, satu dirham bersamaan dengan 700 kali ganda.
[Riwayat Tarikh al-Kabir oleh al-Bukhari, Musnad Ahmad bin Hanbal, Ibn Al-A’rabi, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Masyriq bin Abdullah dalam hadisnya, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra dan Syuab al-Iman, Ibn Asakir dalam Arbain al-Jihad, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min Masmu’atihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3530]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs