Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
النفقةُ في الحجِّ مثلُ النفقةِ في سبيلِ اللهِ، الدرهمُ بسبعِ مائةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Nafkah pada haji adalah seperti nafkah di jalan Allah, satu dirham bersamaan dengan 700 kali ganda.
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 742, hadis no. 3801. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بريدة -رضي الله عنه - مرفوعا: «النفقة في الحج مثل النفقة في سبيل الله، الدرهم بسبع مئة». [تخ، حم، ابن الأعرابي، طس، مشرق بن عبدالله في «حديثه»، هق، هپ، ابن عساكر في «أربعين الجهاد»، الضياء في المنتقى من مسموعاته بمرو»، «الضعيفة» (3530)]
(Daif) Daripada Buraidah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Nafkah pada haji adalah seperti nafkah di jalan Allah, satu dirham bersamaan dengan 700 kali ganda. [Riwayat Tarikh al-Kabir oleh al-Bukhari, Musnad Ahmad bin Hanbal, Ibn Al-A’rabi, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Masyriq bin Abdullah dalam hadisnya, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra dan Syuab al-Iman, Ibn Asakir dalam Arbain al-Jihad, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min Masmu’atihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3530]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman