Nabi yang aku cintai sepenuh hatiku

TEKS BAHASA ARAB

(لسعت حية الهوى كبدي … فلا طبيب لها ولا راقي) (إلا الحبيب الذي شغفت به … فذكره رقيتي وترياقي).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ular jahat telah menyengat hatiku, maka tidak ada doktor atau pejampi yang boleh mengubatiku, melainkan sang kekasih (Nabi) yang aku cintai sepenuh hatiku. Mengingatinya merupakan jampi dan antitoksinku.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 74, hadis nombor 309. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية: ما اشتهر أن أبا محذورة أنشده بين يديه – صلى الله عليه وسلم – حتى وقعت البردة الشريفة عن كتفه فتقاسمهما أهل الصفة وجعلوها رقعا في ثيابهم كذب باتفاق أهل العلم بالحديث وما روي فموضوع.

Ibn Taimiyyah berkata: “Apa yang masyhur tersebut bahawa Abu Mahzurah mengungkapkan nasyid di hadapan Nabi SAW hingga terjatuh burdah (kain selimut) Baginda yang mulia daripada bahu Baginda, lalu ahli suffah membahagi-bahagikannya dan menampalkannya pada pakaian mereka, merupakan suatu pendustaan menurut kesepakatan ahli ilmu hadith dan apa-apa yang diriwayatkan (berkenaannya) maka ia palsu”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs