Nabi Ya’kub mempunyai saudara lelaki yang dipersaudarakan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان ليعقوب النبي أخ مواخ ، فقال له ذات يوم : ما الذي أذهب بصرك ، وقوس ظهرك ؟ قال : أما الذي أذهب بصري فالبكاء على يوسف ، وأما الذي قوس ظهري فالحزن على بنيامين ، فأتاه جبريل عليه السلام فقال : يا يعقوب إن الله يقرئك السلام ، ويقول لك : أما تستحي أن تشكوني إلى غيري ؟ فقال يعقوب : { إنما أشكو بثي وحزني إلى الله } فقال جبريل : الله أعلم بما تشكو.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi Ya’kub mempunyai saudara lelaki yang dipersaudarakan. Maka dia berkata kepadanya pada satu hari: Apa yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu dan membongkokkan belakangmu? Dia menjawab: Adapun yang menghilangkan penglihatanku adalah tangisan ke atas Nabi Yusuf serta yang membongkokkan belakangku adalah kesedihan ke atas Bunyamin. Lalu Jibril AS datang dan berkata: Wahai Ya’kub! Sesungguhnya Allah memberikan salam kepadamu dan Allah berkata kepadamu: Tidakkah kamu malu untuk mengadu kepada selain daripadaku? Kata Nabi Ya’kub: “Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah.” [Yusuf: 86] Kata Jibril: Allah lebih mengetahui apa yang kamu mengadu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1716, hadis nombor 8623. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (كَانَ لِيَعْقُوبَ النَّبِيِّ أَخٌ مُوَاخٍ لَهُ، فَقَالَ ذَاتَ يَوْمٍ: مَا الَّذِي أَذْهَبَ بَصَرَكَ، وَقَوَّسَ ظَهْرَكَ؟ قَالَ: أَمَّا الَّذِي أَذْهَبَ بَصَرِي، فَالْبُكَاءُ عَلَى (يُوسُفَ) ، وَأَمَّا الَّذِي قَوَّسَ ظَهْرِي فَالْحُزْنُ عَلَى (بِنْيَامِينَ) ، فَأَتَاهُ جِبْرِيلُ عليه السلام فَقَالَ: يَا يَعْقُوبُ! إِنَّ اللَّهَ يُقْرِئُكَ السَّلامَ، وَيَقُولُ لك: أَمَا تَسْتَحْي أَنْ تَشْكُوَنِي إِلَى غَيْرِي؟ فَقَالَ يَعْقُوبُ: {إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ} . فَقَالَ جِبْرِيلُ: اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا تَشْكُو). [ابن أبي حاتم في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (6880)].

(Munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Nabi Ya’kub mempunyai saudara lelaki yang dipersaudarakan. Maka dia berkata kepadanya pada satu hari: Apa yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu dan membongkokkan belakangmu? Dia menjawab: Adapun yang menghilangkan penglihatanku adalah tangisan ke atas Nabi Yusuf serta yang membongkokkan belakangku adalah kesedihan ke atas Bunyamin. Lalu Jibril AS datang dan berkata: Wahai Ya’kub! Sesungguhnya Allah memberikan salam kepadamu dan Allah berkata kepadamu: Tidakkah kamu malu untuk mengadu kepada selain daripadaku? Kata Nabi Ya’kub: “Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah.” [Yusuf: 86] Kata Jibril: "Allah lebih mengetahui apa yang kamu mengadu.” [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam kitab tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6880].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.