TEKS BAHASA ARAB
خير سليمان بين الملك والمال والعلم، فاختار العلم، فأعطي الملك والمال؛ لاختياره العلم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi Sulaiman telah diberikan pilihan antara kerajaan, harta dan ilmu, lalu baginda memilih ilmu. Hasilnya, baginda telah diberikan kerajaan dan harta kerana baginda memilih ilmu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1265, hadis nombor 6468. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: خير سليمان بين الملك والمال والعلم، فاختار العلم، فأعطي الملك والمال؛ لاختياره العلم.
[فر، ((الضعيفة)) (3586)].
(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Nabi Sulaiman telah diberikan pilihan antara kerajaan, harta dan ilmu, lalu baginda memilih ilmu. Hasilnya, baginda telah diberikan kerajaan dan harta kerana baginda memilih ilmu.
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws.Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3586]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.