TEKS BAHASA ARAB
بكی شعيب النبي ﷺ من حب الله حتى عمي، فرد الله إليه بصره، وأوحى إليه: يا شعيب! ما هذا البكاء؟ أشوقا إلى الجنة أم خوفا من النار؟ قال: إلهي وسيدي! أنت تعلم ما أبكي شوقا إلى جنتك، ولا خوفا من النار؛ ولكني اعتقدت حبك بقلبي، فإذا نظرت إليك؛ فما أبالي ما الذي صنع بي. فأوحى الله إليه: يا شعيب! إن يك ذلك حقا فهنيئا لك لقائي، یا شعيب! لذلك آخذ منك موسی بن عمران کلیمي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi Shu’ayb AS menangis kerana cintakan Allah sehingga menjadi buta. Kemudian Allah mengembalikan penglihatannya kepadanya dan telah mewahyukan kepada baginda: "Wahai Shu’ayb! Ada apa dengan tangisan ini? Adakah kerana rindu akan syurga atau takut akan neraka?". Baginda menjawab: “Wahai Tuhanku dan Tuanku! Engkau mengetahui bahawa aku tidaklah menangis kerana rindukan akan syurga-Mu dan bukan juga takut akan api neraka. Tetapi aku telah mengikat kecintaan-Mu pada hatiku. Justeru apabila aku melihat kepada-Mu, aku tidak peduli apa yang berlaku kepadaku.” Maka Allah mewahyukan kepadanya: "Wahai Shu’ayb! Jika itu adalah benar, maka tahniah bagimu dengan pertemuan-Ku. Wahai Shu’ayb! Oleh sebab itu, Aku telah menjadikan daripadamu (keturunanmu) Nabi Musa bin ‘Imrān sebagai seseorang yang berbicara dengan-Ku".
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 539-540, hadis nombor 2843. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن شداد بن أوس – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: «بكی شعيب النبي ﷺ من حب الله حتى عمي، فرد الله إليه بصره، وأوحى إليه: يا شعيب! ما هذا البكاء؟ أشوقا إلى الجنة أم خوفا من النار؟ قال: إلهي وسيدي! أنت تعلم ما أبكي شوقا إلى جنتك، ولا خوفا من النار؛ ولكني اعتقدت حبك بقلبي، فإذا نظرت إليك؛ فما أبالي ما الذي صنع بي. فأوحى الله إليه: يا شعيب! إن يك ذلك حقا فهنيئا لك لقائي، یا شعيب! لذلك آخذ منك موسی بن عمران کلیمي». [خط، ابن عساکر، ابن الجوزي في «العلل»، «الضعيفة» (6258)].
(Palsu) Daripada Shaddād bin Aws RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Nabi Shu’ayb AS menangis kerana cintakan Allah sehingga menjadi buta. Kemudian Allah mengembalikan penglihatannya kepadanya dan telah mewahyukan kepada baginda: "Wahai Shu’ayb! Ada apa dengan tangisan ini? Adakah kerana rindu akan syurga atau takut akan neraka?". Baginda menjawab: “Wahai Tuhanku dan Tuanku! Engkau mengetahui bahawa aku tidaklah menangis kerana rindukan akan syurga-Mu dan bukan juga takut akan api neraka. Tetapi aku telah mengikat kecintaan-Mu pada hatiku. Justeru apabila aku melihat kepada-Mu, aku tidak peduli apa yang berlaku kepadaku.” Maka Allah mewahyukan kepadanya: "Wahai Shu’ayb! Jika itu adalah benar, maka tahniah bagimu dengan pertemuan-Ku. Wahai Shu’ayb! Oleh sebab itu, Aku telah menjadikan daripadamu (keturunanmu) Nabi Musa bin ‘Imrān sebagai seseorang yang berbicara dengan-Ku". [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq dan Ibn al-Jawzī dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6258].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.