Nabi Shu’aib AS telah menangis kerana cintanya terhadap Allah azza wa jalla sehingga baginda menjadi buta

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بكى شعيب النبي صلى الله عليه وسلم من حب الله عز وجل حتى عمي، فرد الله إليه بصره، وأوحى إليه: يا شعيب ما هذا البكاء؟ ! أشوقا إلى الجنة أم خوفا من النار؟ قال: إلهي وسيدي أنت تعلم ما أبكي شوقا إلى جنتك ولا خوفا من النار، ولكني اعتقدت حبك بقلبي، فإذا أنا نظرت إليك فما أبالي ما الذي صنع بي، فأوحى الله عز وجل إليه: يا شعيب إن يك ذلك حقا فهنيئا لك لقائي يا شعيب! ولذلك أخدمتك موسى بن عمران كليمي


TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi Shu’aib AS telah menangis kerana cintanya terhadap Allah azza wa jalla sehingga baginda menjadi buta. Lalu Allah mengembalikan penglihatannya dan memberinya wahyu: Wahai Shu’aib, apakah maksud tangisan ini? Adakah ia rindu terhadap syurga ataupun takut daripada neraka? Shu’aib menjawab: Wahai Tuhanku Engkau Maha mengetahui, aku menangis bukan kerana rindu kepada syurga-Mu atau takutkan neraka-Mu, tetapi aku menangis kerana aku yakin akan kecintaan kepadamu di dalam hatiku (rindukan-Mu) dan jika aku melihat kepada-Mu, tidak lagi aku kisah apa yang terjadi denganku. Lalu Allah azza wa jalla mewahyukan kepadanya: Wahai Shu’aib, jika benar itu maka bergembiralah dengan berjumpa-Ku wahai Shu’aib! Dengan ini, aku menjadikan Musa bin Imran al-Kalimi (Yang bercakap dengan Allah) berkhidmat kepadamu.


STATUS

Sangat lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1661, hadis nombor 8386. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Khatib dalam al-Tarikh.

Ia dinilai sangat lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon