Nabi SAW tidak suka melihat seorang lelaki yang keras suaranya

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – يكره أن يرى الرجل جهيرا، رفيع الصوت، ويحب أن يراه خفيض الصوت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW tidak suka melihat seorang lelaki yang keras suaranya, serta meninggikan suara. Dan baginda suka untuk melihat seorang lelaki itu merendahkan suaranya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 196, hadis nombor 1016. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: ((كان – صلى الله عليه وسلم – يكره أن يرى الرجل جهيرا، رفيع الصوت، ويحب أن يراه خفيض الصوت)). [ابن وهب، المخلص في ((الفوائد))، عد، طب، ((الضعيفة)) (2273)]

(Palsu)
Daripada Abu Umamah RA berkata: Nabi SAW tidak suka melihat seorang lelaki yang keras suaranya, serta meninggikan suara. Dan baginda suka untuk melihat seorang lelaki itu merendahkan suaranya.
[Riwayat Ibn Wahb, al-Mukhallis dalam al-Fawa’id, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’ dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2273]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs