Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلى الله عليه وسلم - يَكْرَهُ أن يَرَى الرجلَ جَهِيرًا، رفيعَ الصوتِ، ويُحِبُّ أن يَرَاه خَفِيضَ الصوتِ.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW tidak suka melihat seorang lelaki yang keras suaranya, serta meninggikan suara. Dan baginda suka untuk melihat seorang lelaki itu merendahkan suaranya.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 196, hadis no. 1016. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة - رضي الله عنه -، قال: ((كان - صلى الله عليه وسلم - يكره أن يرى الرجل جهيرا، رفيع الصوت، ويحب أن يراه خفيض الصوت)). [ابن وهب، المخلص في ((الفوائد))، عد، طب، ((الضعيفة)) (2273)]
(Palsu) Daripada Abu Umamah RA berkata: Nabi SAW tidak suka melihat seorang lelaki yang keras suaranya, serta meninggikan suara. Dan baginda suka untuk melihat seorang lelaki itu merendahkan suaranya. [Riwayat Ibn Wahb, al-Mukhallis dalam al-Fawa’id, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’ dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2273]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman