Daif

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW tidak pernah mengambil sesuatu dengan cara yang tidak baik

Teks Bahasa Arab

كان - صلى الله عليه وسلم - لا يَأخُذُ بالقَرَفِ.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW tidak pernah mengambil kira sesuatu dengan tuduhan (tanpa bukti).

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 78, hadis no. 381. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن، قال: ((كان - صلى الله عليه وسلم - لا يأخذ بالقرف)). [الحربي في غرائب الحديث))، حل، ((الضعيفة)) (4229)].

(Daif) Daripada al-Hasan beliau berkata: Nabi SAW tidak pernah mengambil kira sesuatu dengan tuduhan (tanpa bukti). [Riwayat al-Harbi dalam Ghara’ib al-Hadis. dan Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4229].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.